Saturday, May 5, 2012

Tugasan Penulisan Akademik 2

Antara tugasan yang perlu dilakukan ketika anda mengambil kertas PA 2 ialah :

1. Tinjauan Literatur dan Kerangka Konsep kajian anda.
2. Penulisan Kajian dan Pembentangan ( proposal kajian anda )
3. Penulisan Artikel Jurnal.

Antara syarat untuk mengambil PA 2 ialah anda mesti telah mengambil kertas KP 1 , KP 2 dan PA 1.

Semasa mengambil PA 2 sebaik-baiknya ambil sekali dengan Kertas Projek 1 kerana tugasannya adalah sama.

Kerangka Kertas Projek MA

Bagi yang mengambil Program C iaitu membuat Kertas Projek bagi memenuhi keperluan Pengajian Master Pendidikan di UKM berikut ialah kerangka Kertas Projek dan cadangan jumlah muka surat yang perlu disediakan :

BAB 1 ( 10 - 15 MS )
BAB 2 ( 25-40 MS )
BAB 3 ( 10 - 15 MS )

BAB 4 ( 25 - 40 MS )
BAB 5 ( 10 - 15 MS )

Bagi BAB 1 - 3 tugasan hendaklah disiapkan dalam Kertas Projek 1 manakala BAB 4 - 5 disiapkan dalam Kertas Projek 2.

Kertas Projek 1 dan 2 hendaklah diambil dalam semester pengajian yang berasingan.

Saturday, February 18, 2012

Sem 4

Keputusan peperiksaan semester 3 dah keluar , alhamdulillah semua lulus, bolehlah aku meneruskan pengajian untuk semester 4 nanti. Semester lepas aku ambik empat kertas kira maksimum ler tu bagi mereka yang mengambil pengajian part-time. Agak berat juga ler tambahan dengan tugasan di sekolah lagi. Semester lepas aku ambik subjek Penulisan Akademik 1 belajar dengan PM Dr Dr Jamaluddin Badusah dan beberapa dr lain lagi, dapat ler A- . Subjek ke 2 aku ambik Isu-isu pendidikan di Malaysia, belajar tutorial dengan PM Dr Zamri Mahamod, dapat ler B+. Manakala dua subjek lagi aku belajar dengan PM Dr Maimun Aqsha Lubis iaitu subjek Peradaban Islam dan Tamadun Islam, subjek kedua ialah subjek elektif Isu-Isu Bahasa Arab, Alhamdulillah semua dapat A. Kuliah untuk sem 4 ni pula akan bermula minggu depan 20hb Feb 2012. Sem ni aku nak ambik dua subjek sahaja rasanyer iaitu Penulisan Akademik 2 dan kertas projek 1.

Friday, December 9, 2011

Cara Penulisan Rujukan

Malam ini belajar tentang cara-cara menulis rujukan dalam penulisan akademik yang disampaikan oleh Prof Dr Zuria Mahmod.
 
Kesilapan penggunaan Dlm. hanya untuk bab dalam buku, bukan artikel yang dijumpai dalam tesis/artikel orang lain.

Contoh salah : Corey dalam Zuria Mahmud (2007) menyatakan .... (pelajar ini telah membaca artikel Zuria yang telah memetik Corey ....)

Contoh betul : Zuria Mahmud. 2010. Pendekatan .... Dlm. Abd Halim Hussin & Rosnani Kadir (pnyt.). Isu-Isu Kaunseling di Malaysia, hlm. 54-72. Kuala Lumpur : PERKAMA

Sila semak di http://pkukmweb.ukm.my/~ahmad/panduan/index.html


Kehilangan Pen Drive

Pendrive yang banyak berjaya dan banyak bahan-bahan untuk penulisan program Master aku telah hilang. Ntah jatuh kat maner ler tak perasan pulak. Yang pastinya kali terakhir ialah ketika nak menunaikan solat jumaat kat masjid UKM. Harap-harap orang yang jumpa tu baik hatinya untuk pulangkan semula kepada ku, kalau tidak terpaksa aku mulakan dari awal assigment yang aku buat. Berkat hari jumaat ni semoga Allah makbulkan doa. Semua assigment kena hantar minggu depan.