Saturday, May 5, 2012

Tugasan Penulisan Akademik 2

Antara tugasan yang perlu dilakukan ketika anda mengambil kertas PA 2 ialah :

1. Tinjauan Literatur dan Kerangka Konsep kajian anda.
2. Penulisan Kajian dan Pembentangan ( proposal kajian anda )
3. Penulisan Artikel Jurnal.

Antara syarat untuk mengambil PA 2 ialah anda mesti telah mengambil kertas KP 1 , KP 2 dan PA 1.

Semasa mengambil PA 2 sebaik-baiknya ambil sekali dengan Kertas Projek 1 kerana tugasannya adalah sama.

Kerangka Kertas Projek MA

Bagi yang mengambil Program C iaitu membuat Kertas Projek bagi memenuhi keperluan Pengajian Master Pendidikan di UKM berikut ialah kerangka Kertas Projek dan cadangan jumlah muka surat yang perlu disediakan :

BAB 1 ( 10 - 15 MS )
BAB 2 ( 25-40 MS )
BAB 3 ( 10 - 15 MS )

BAB 4 ( 25 - 40 MS )
BAB 5 ( 10 - 15 MS )

Bagi BAB 1 - 3 tugasan hendaklah disiapkan dalam Kertas Projek 1 manakala BAB 4 - 5 disiapkan dalam Kertas Projek 2.

Kertas Projek 1 dan 2 hendaklah diambil dalam semester pengajian yang berasingan.