Friday, November 25, 2011

Kajian Literatur

Kuliah Penulisan Akademik 1 pada 25 Nov 2011
Oleh Dr Jamaluddin Badusah di Dewan Budiman.



Kajian Literatur yang BAIK adalah ....

- sintesis kajian yang berkaitan
- penilaian yang kritikal
- mendalam dan meluas
- mempunyai penjelasan dan padat
- menggunakan penegasan dan kaedah yang konsisten

Kajian Literatur yang LEMAH adalah ....

- huraian yang terhad
- sempit dan cetek
- mengelirukan dan tertutup
- dibina secara rambang

Mengapa Perlu Menulis Kajian Literatur ?

Kajian Literatur menyediakan satu pandangan berguna untuk satu topik khusus. Jika anda mempunyai masa terhad bagi menjalankan penyelidikan. Kajian literatur boleh memberikan satu gambaran keseluruhan atau sebagai batu loncatan.

Kajian Literatur juga menyediakan satu latar belakang yang teguh untuk kertas kajian. Pengetahuan lengkap kajian literatur bagi sesuatu bidang adalah penting.

Bagi yang profesional mereka menganggap bahawa kajian literatur merupakan laporan yang sangat berguna bagi mengemas kini maklumat dalam bidang itu dari masa ke semasa.

Untuk sarjana kedalaman dan keluasan sesuatu kajian literatur menekankan dan menggambarkan kredibiliti penulis dalam bidang masing-masing.

Tujuan sesuatu kajian Literatur ialah untuk melihat secara kritikal pada kajian literatur ( fakta-fakta dan pendapat ) yang sedia ada dalam bidang yang dikaji.

Kajian Literatur adalah analisis kritikal yang menunjukkan satu penilaian bagi kajian literatur yang wujud dan ia merupakan satu hubungan antara kerja-kerja lain. Ia menunjukkan perkaitan dalam penyelidikan.

Literatur boleh merangkumi buku-buku, artikel-artikel jurnal, internet ( jurnal-jurnal elektronik ), akhbar-akhbar, majalah-majalah, tesis dan disertasi, prosidingan, laporan dan dokumentari.

Kadang-kadang satu kajian literatur tertulis sebagai sebuah kertas sahaja.

Dalam konteks satu kertas kajian atau tesis, kajian literatur menyediakan satu latar belakang untuk kajian yang dicadangkan.

Latar belakang secara teori :

masa lepas , pada masa kini atau masa depan
kaedah-kaedah kajian
dapatan terdahulu
kewajaran atau kaitan kajian semasa

Hart ( 1998 ) menyenaraikan tujuan berikut ;

Membezakan apa yang telah dibuat daripada apa yang perlu untuk dibuat
Menemui pembolehubah penting berkaitan tajuk tersebut
Mensintesis dan memperolehi satu perspektif baru
Mengenal pasti perhubungan antara idea-idea dan amalan.

Apa Yang Perlu Dilakukan Sebelum Menulis Kajian Literatur ?

Kenal pasti / jelaskan
Dapatkan model
Khususkan topik anda
Pertimbangkan sama ada sumber-sumber yang diperolehi adalah yang terkini
Bina pernyataan masalah

Apa Yang Perlu Saya Lakukan Sebelum menulis KL ?

Pengenalan : Memberi satu idea bagi topik KL seperti tema utama atau pola organisasi
Kandungan : mengandungi perbincangan bagi sumber-sumber dan dikelolakan sama ada secara kronologi menurut temanya atau secara metodologinya.
Kesimpulan / Cadangan : Bincang apa yang anda pernah gambarkan daripada KL setakat ini.