Saturday, February 18, 2012

Sem 4

Keputusan peperiksaan semester 3 dah keluar , alhamdulillah semua lulus, bolehlah aku meneruskan pengajian untuk semester 4 nanti. Semester lepas aku ambik empat kertas kira maksimum ler tu bagi mereka yang mengambil pengajian part-time. Agak berat juga ler tambahan dengan tugasan di sekolah lagi. Semester lepas aku ambik subjek Penulisan Akademik 1 belajar dengan PM Dr Dr Jamaluddin Badusah dan beberapa dr lain lagi, dapat ler A- . Subjek ke 2 aku ambik Isu-isu pendidikan di Malaysia, belajar tutorial dengan PM Dr Zamri Mahamod, dapat ler B+. Manakala dua subjek lagi aku belajar dengan PM Dr Maimun Aqsha Lubis iaitu subjek Peradaban Islam dan Tamadun Islam, subjek kedua ialah subjek elektif Isu-Isu Bahasa Arab, Alhamdulillah semua dapat A. Kuliah untuk sem 4 ni pula akan bermula minggu depan 20hb Feb 2012. Sem ni aku nak ambik dua subjek sahaja rasanyer iaitu Penulisan Akademik 2 dan kertas projek 1.