Malam ini belajar tentang cara-cara menulis rujukan dalam penulisan akademik yang disampaikan oleh Prof Dr Zuria Mahmod.
Kesilapan penggunaan Dlm. hanya untuk bab dalam buku, bukan artikel yang dijumpai dalam tesis/artikel orang lain.
Contoh salah : Corey dalam Zuria Mahmud (2007) menyatakan .... (pelajar ini telah membaca artikel Zuria yang telah memetik Corey ....)
Contoh betul : Zuria Mahmud. 2010. Pendekatan .... Dlm. Abd Halim Hussin & Rosnani Kadir (pnyt.). Isu-Isu Kaunseling di Malaysia, hlm. 54-72. Kuala Lumpur : PERKAMA
Sila semak di http://pkukmweb.ukm.my/~ahmad/panduan/index.html
Pemilik blog ini adalah penuntut yang sedang menyambung pengajian di peringkat sarjana Pendidikan Islam di Fakulti Pendidikan di Universiti Kebangsaan Malaysia pada tahun 2010 secara separuh masa. Blog ini merupakan catatan peribadi pemilik blog.
Friday, December 9, 2011
Kehilangan Pen Drive
Pendrive yang banyak berjaya dan banyak bahan-bahan untuk penulisan program Master aku telah hilang. Ntah jatuh kat maner ler tak perasan pulak. Yang pastinya kali terakhir ialah ketika nak menunaikan solat jumaat kat masjid UKM. Harap-harap orang yang jumpa tu baik hatinya untuk pulangkan semula kepada ku, kalau tidak terpaksa aku mulakan dari awal assigment yang aku buat. Berkat hari jumaat ni semoga Allah makbulkan doa. Semua assigment kena hantar minggu depan.
Friday, November 25, 2011
Kajian Literatur
Kuliah Penulisan Akademik 1 pada 25 Nov 2011
Oleh Dr Jamaluddin Badusah di Dewan Budiman.
Kajian Literatur yang BAIK adalah ....
- sintesis kajian yang berkaitan
- penilaian yang kritikal
- mendalam dan meluas
- mempunyai penjelasan dan padat
- menggunakan penegasan dan kaedah yang konsisten
Kajian Literatur yang LEMAH adalah ....
- huraian yang terhad
- sempit dan cetek
- mengelirukan dan tertutup
- dibina secara rambang
Mengapa Perlu Menulis Kajian Literatur ?
Kajian Literatur menyediakan satu pandangan berguna untuk satu topik khusus. Jika anda mempunyai masa terhad bagi menjalankan penyelidikan. Kajian literatur boleh memberikan satu gambaran keseluruhan atau sebagai batu loncatan.
Kajian Literatur juga menyediakan satu latar belakang yang teguh untuk kertas kajian. Pengetahuan lengkap kajian literatur bagi sesuatu bidang adalah penting.
Bagi yang profesional mereka menganggap bahawa kajian literatur merupakan laporan yang sangat berguna bagi mengemas kini maklumat dalam bidang itu dari masa ke semasa.
Untuk sarjana kedalaman dan keluasan sesuatu kajian literatur menekankan dan menggambarkan kredibiliti penulis dalam bidang masing-masing.
Tujuan sesuatu kajian Literatur ialah untuk melihat secara kritikal pada kajian literatur ( fakta-fakta dan pendapat ) yang sedia ada dalam bidang yang dikaji.
Kajian Literatur adalah analisis kritikal yang menunjukkan satu penilaian bagi kajian literatur yang wujud dan ia merupakan satu hubungan antara kerja-kerja lain. Ia menunjukkan perkaitan dalam penyelidikan.
Literatur boleh merangkumi buku-buku, artikel-artikel jurnal, internet ( jurnal-jurnal elektronik ), akhbar-akhbar, majalah-majalah, tesis dan disertasi, prosidingan, laporan dan dokumentari.
Kadang-kadang satu kajian literatur tertulis sebagai sebuah kertas sahaja.
Dalam konteks satu kertas kajian atau tesis, kajian literatur menyediakan satu latar belakang untuk kajian yang dicadangkan.
Latar belakang secara teori :
masa lepas , pada masa kini atau masa depan
kaedah-kaedah kajian
dapatan terdahulu
kewajaran atau kaitan kajian semasa
Hart ( 1998 ) menyenaraikan tujuan berikut ;
Membezakan apa yang telah dibuat daripada apa yang perlu untuk dibuat
Menemui pembolehubah penting berkaitan tajuk tersebut
Mensintesis dan memperolehi satu perspektif baru
Mengenal pasti perhubungan antara idea-idea dan amalan.
Apa Yang Perlu Dilakukan Sebelum Menulis Kajian Literatur ?
Kenal pasti / jelaskan
Dapatkan model
Khususkan topik anda
Pertimbangkan sama ada sumber-sumber yang diperolehi adalah yang terkini
Bina pernyataan masalah
Apa Yang Perlu Saya Lakukan Sebelum menulis KL ?
Pengenalan : Memberi satu idea bagi topik KL seperti tema utama atau pola organisasi
Kandungan : mengandungi perbincangan bagi sumber-sumber dan dikelolakan sama ada secara kronologi menurut temanya atau secara metodologinya.
Kesimpulan / Cadangan : Bincang apa yang anda pernah gambarkan daripada KL setakat ini.
Saturday, October 15, 2011
Kuliah Jumaat 14 Okt 2011
Kuliah 14 Oktober 2011
Hari ini seperti minggu-minggu sebelumnya aku menghadiri kuliah pada setiap hari minggu ( Jumaat dan sabtu ) . Kuliah Isu hari ini berlangsung di tempat biasa di dewan kuliah ? . Kali ini isu yang dibincangkan ialah berkaitan dengan Modal Insan oleh En Jamalulail, penyelaras program Isu-Isu Pendidikan di Malaysia. Kelas berlangsung hanya dua jam kerana dewan akan diguna untuk raptai pelancaran Seminar Alumni UKM. Pada hari ini juga kami diberikan tugasan untuk sesi tutorial secara kumpulan dan essei individu.
Untuk tugasan kumpulan aku dan rakan-rakan ditugaskan untuk mencari bahan dan membentangkan hasil pencarian kami dalam kelas tutorial bersama PM Dr Zamri Mahamod. Pembentangan kumpulan aku adalah minggu pertama selepas cuti pertengahan semester.
Manakala untuk tugasan individu aku kena tajuk yang berkaitan dengan Softskill di kalangan IPTA. Pembentangan individu pula aku kena pada minggu ke 14.
Kelas Penulisan Akademik 1 , 8 malam di Dewan Budiman. Kali ini kuliah tentang membina pemerengganan dalam penulisan akademik yang di sampaikan oleh PM Dr Zamry Mahamod.

Tuesday, September 13, 2011
Semester III
Bulan September 2011 ini merupakan semester ketiga aku dalam pengajian master di UKM. Setelah bercuti selama beberapa bulan, kuliah akan disambung semula bermula 12 September ini. Alhamdulillah semester ini aku dapat mendaftar tiga subjek . Rasanyer tidaklah berapa rugi sangat seperti semester dua awal tahun ini hanya dapat daftar dua subjek sahaja. Semester ini aku dapat daftar subjek
1. Penulisan Akademik 1 ( kuliah pada hari Jumaat , 8 malam ),
2. Isu-Isu Dalam Pendidikan ( kuliah hari Jumaat, 3 petang )
3. Subjek Peradaban Islam dan Tamadun Islam ( Kuliah Hari Sabtu , 9 pagi ).
4. Isu-Isu Pendidikan Bahasa Arab ( Kuliah Sabtu, 12 t/hari ) - Subjek Elektif
Perkuliahan akan bermula bulan september hingga bulan Febuari tahun hadapan. Harapan aku semoga semester ini akan lebih baik dari semester lepas. Semoga Allah mempermudahkan urusan aku dalam menghabiskan pengajian master aku ini-amin.

Tuesday, June 21, 2011
Result Sem II dah keluar
Al hamdulillah , keputusan exam sem 2 dah keluar hari ini . Sem 2 aku cuma ambil dua kertas jer. Inilah result exam aku semester ini :
1. Methodologi Pengajian Pendidikan Islam = B+ [ Pensyarah : Dr Halim Tamuri ]
2. Kaedah Penyelidikan 2 = A-
Subjek Methodologi adalah kertas Wajib Jabatan ( WJ ) manakala kertas Kaedah Penyelidikan pula ialah kertas Wajib Fakulti ( WF ) .
Pendaftaran semester 3 akan di buka pada 22 ogos nanti.

Sunday, May 15, 2011
Jadual Sem III 2011/2012
| PERKARA | TARIKH |
| Pendaftaran :Pelajar lama : Pendaftaran atas talian melalui smpweb.UKM ( www.ukm.my/smpweb ) | 22 Ogo - 11 Sept 2011 |
| Perkuliahan | 12 Sept 2011 - 4 Nov 2011 |
| Penambahan dan Pengguguran Kursus | 12 Sept 2011 - 7 Okt 2011 |
| Cuti Pertengahan Semester | 5 Nov 2011 - 13 Nov 2011 |
| Perkuliahan | 14 Nov 2011 - 23 Dis 2011 |
| Tarik Diri Pendaftaran Kursus | 10 Okt 2011 - 25 Nov 2011 |
| Cuti Perayaan | 24 Dis 2011 - 2 Jan 2012 |
| Peperiksaan | 3 Jan - 2o Jan 2012 |
| Cuti Semester | 21 Jan 2012 - 19 Feb 2012 |
Saturday, January 8, 2011
Semester 2 sesi Dis 2010/2011
Alhamdulillah , sekarang sudah masuk semester 2. Masih mencari-cari satu paper lagi untuk semester ini bagi melengkapkan tiga paper untuk setiap semester. Semester lepas dapat ambil tiga paper :
1. Kaedah Penyelidikan 1 ( KP 1 )
2. Sumber pendidikan Islam
3. Akhlak , Etika dan Pendidikan
Semua dah dapat result , cuma KP 1 masih lagi TL buat masa sekarang. Entah di mana silapnya. Dr kata nanti result akan keluar.
Semester 2 ni pula hanya sempat daftar dua paper sahaja ( lain kali kena bayar yuran awal ! ) . Masih tercari-cari untuk daftar paper elektif . Jadual untuk semester ini :
1. Kaedah Penyelidikan 2 hari Sabtu 9.00 pagi hingga 12.00 dengan Dr Jamil B Ahmad.
2. Metodologi Pengajaran Pendidikan Islam dengan Dr Ab Halim B Tamuri hari Jumaat Jam 6.00 petang.

Jadual Sem II 2010/2011
| PERKARA | TARIKH |
| Pendaftaran :Pelajar lama : Pendaftaran atas talian melalui smpweb.UKM ( www.ukm.my/smpweb ) | 20 Dis - 26 Dis 2010 |
| Perkuliahan | 27 Dis 2010 - 28 Jan 2011 |
| Penambahan dan Pengguguran Kursus | 27 Dis 2010 - 21 Jan 2011 |
| Cuti Pertengahan Semester | 29 Jan 2011 - 6 Feb 2011 |
| Perkuliahan | 7 Feb 2011 - 8 April 2011 |
| Tarik Diri Pendaftaran Kursus | 24 Jan 2011 - 11 Mac 2011 |
| Peperiksaan | 11 Apr 2011 - 30 April 2011 |
| Cuti Semester | 1 Mei 2011 - 24 Julai 2011 |
Subscribe to:
Posts (Atom)