Tuesday, September 13, 2011

Semester III

Bulan September 2011 ini merupakan semester ketiga aku dalam pengajian master di UKM. Setelah bercuti selama beberapa bulan, kuliah akan disambung semula bermula 12 September ini. Alhamdulillah semester ini aku dapat mendaftar tiga subjek . Rasanyer tidaklah berapa rugi sangat seperti semester dua awal tahun ini hanya dapat daftar dua subjek sahaja. Semester ini aku dapat daftar subjek

1. Penulisan Akademik 1 ( kuliah pada hari Jumaat , 8 malam ),

2. Isu-Isu Dalam Pendidikan ( kuliah hari Jumaat, 3 petang )

3. Subjek Peradaban Islam dan Tamadun Islam ( Kuliah Hari Sabtu , 9 pagi ).

4. Isu-Isu Pendidikan Bahasa Arab ( Kuliah Sabtu, 12 t/hari ) - Subjek Elektif

Perkuliahan akan bermula bulan september hingga bulan Febuari tahun hadapan. Harapan aku semoga semester ini akan lebih baik dari semester lepas. Semoga Allah mempermudahkan urusan aku dalam menghabiskan pengajian master aku ini-amin.

No comments:

Post a Comment