Hari ini seperti minggu-minggu sebelumnya aku menghadiri kuliah pada setiap hari minggu ( Jumaat dan sabtu ) . Kuliah Isu hari ini berlangsung di tempat biasa di dewan kuliah ? . Kali ini isu yang dibincangkan ialah berkaitan dengan Modal Insan oleh En Jamalulail, penyelaras program Isu-Isu Pendidikan di Malaysia. Kelas berlangsung hanya dua jam kerana dewan akan diguna untuk raptai pelancaran Seminar Alumni UKM. Pada hari ini juga kami diberikan tugasan untuk sesi tutorial secara kumpulan dan essei individu.
Untuk tugasan kumpulan aku dan rakan-rakan ditugaskan untuk mencari bahan dan membentangkan hasil pencarian kami dalam kelas tutorial bersama PM Dr Zamri Mahamod. Pembentangan kumpulan aku adalah minggu pertama selepas cuti pertengahan semester.
Manakala untuk tugasan individu aku kena tajuk yang berkaitan dengan Softskill di kalangan IPTA. Pembentangan individu pula aku kena pada minggu ke 14.
Kelas Penulisan Akademik 1 , 8 malam di Dewan Budiman. Kali ini kuliah tentang membina pemerengganan dalam penulisan akademik yang di sampaikan oleh PM Dr Zamry Mahamod.